Nuffnang Ads

Tuesday, 13 May 2014

Selamat Hari Ibu...


Assalamualaikum.

Ahad lepas 11 Mei ialah hari ibu. Ada yang kata haram sambut hari ibu, ada yang kata harus. Apa pun yang penting hari ibu bukan hari Ahad je, bukan sehari je, tapi hari-hari adalah hari ibu. Kenapa, sebab ibulah yang susah payah mengandungkan kita, melahirkan dan membesarkan kita dengan ayah kita. Pengorbanan ibu memang takde galang gantinya, hanya ibu sahaja yang sanggup berkorban demi anaknya.

Gambar atas tu, mak mummy, Badariah Jawadi namanya. Ahad tu tak sempat nak call dan wish maka mummy pun call balik hari Isnin. Mak macam biasalah, ucap terima kasih sambil bergelak ketawa dan report apa yang berlaku kat rumah, melayan perangai abah, adik yang sibuk bekerja sampai kadang tu tak sempat makan. Mak cakap mak kesian kat Hazrien (jururawat kat Hospital Colombia, Nusajaya) teruk sangat kerja sampai tak sempat nak makan walaupun mak masakkan untuk bawak bekal. Banyak kerja katanya, yelah nurse lelaki tak ramai, so maybe banyak kerja yang memerlukan kudrat orang lelaki dia kena buat. Tapi so far dia takde merungut pun pasal kerja dia. 


Tetiba family photo ada Nurul dan anaknya. Motif sangat kan.

Kejadian ni di KLCC sabtu lepas 10 Mei. Babah kena kerja walaupun off day sebab kena ambil gambar orang ramai yang nak bergambar kat booth Kosmo! sempena hari ibu. Ada la artis yang dijemput. Mummy tak cakap pun kat babah nak ke sana, selesai je setel hal wallpaper kat rumah, mummy dengan Zahra pun ke KLCC jumpa babah.

Sampai kat sana babah tengah sibuk, mummy suruh Zahra pergi cuit babah tapi dia tegak je, ramai orang kot. Bila babah paling ke belakang mummy cepat-cepat sorok, bila babah buzy time tulah mummy tolak Zahra ke babah, hahah terkejut babah. Surprise!!

Babah tanya nak bergambar ke dengan Nurul ke. Err takmolah. Tapi lama-lama kat situ buatkan mummy nak bergambar pulak. Hahaha, dahla mummy stress melayan Zahra yang nak main kereta nenoneno tu, sampai habis syiling. Pukul 6 mummy fed up terus bawak Zahra balik dengan bantuan babah dukungkan Zahra sampai parking sebab mengamok kat KLCC, semua orang tengok. Haihss.



Bila da ada anak barulah merasa erti pengorbanan seorang ibu kepada anaknya, barulah merasa betapa perit dan sakitnya nak beranak tu kan.

Alhamdulillah masa mengandungkan Zahra mummy takde alahan yang teruk. Takdela morning sickness ke night sickness ke apa. Cumanya mummy loya, tapi yang muntahnya babah. Teruk woo babah muntah sampai kena berhenti tepi highway sebab pening dan muntah. 

Masa bersalin tu yang perit sebab mummy terminum air akar fatimah tu awal sangat. Hambik ko nah merasa sakit dekat 24 jam barulah bersalin. Normal hokay. Alhamdulillah..


Lepas bersalin, waktu berpantang agak mencabar untuk mummy. Apa yang mencabar ialah penyusuan Zahra. Masa baru-baru susu mummy kurang, Zahra asyik menangis je, sampai bapa dan ibu mertua nak beli susu formula. Masa tu kami tentang habis-habisan susu formula ni sebab nak bagi susu ibu sepenuhnya.

Tapi lepas dua bulan, badan Zahra tak naik-naik, makin susut adalah, tapi mummy tak perasan sampailah orang yang urut mummy tegur kenapa Zahra kurus sangat. Dia suruh mummy beli susu formula untuk tambah keperluan susu untuk Zahra. Masa tu sedih sangat. Bila balik KL, kami ke Hospital Ampang untuk buat pemeriksaan kat Zahra, takut bukan sebab susu, sebab susu mummy mengalir je sampai basah baju, tapi macam cair skit tak pekat. Alhamdulillah dalam 2-3 kali pemeriksaan dan doktor pun syorkan tambah dengan susu formula, badan Zahra pun naik sikit demi sikit. Maaf nak, mummy takde pengalaman dan tak cukup ilmu penyusuan. Sampai umur Zahra 4 bulan susu mummy terus kering sebab pam tak konsisten. Huhuhu. InsyaAllah kalau ada rezeki lagi mummy akan mantapkan ilmu dan tekad mummy mengenai penyusuan susu ibu.


Zahra sekarang dah 2 tahun 3 bulan. Da semakin bijak dan kadang-kadang tu buat mummy sentap. Pandai buat muka, pandai menjeling marah, pandai merajuk, pandai pujuk kita kalo mummy or babah nak menangis sebab dia buat kita, pandai kiss (kalau tak selama ni laga pipi je, skang kalau kata mulut siap cium pipi dengan bunyi muahhh).

Ayat dan perkataan pun dah semakin banyak yang dia pandai sebut. Ni semua berkat ajaran mak (baby sitter) dan nenek dia. Mummy takde masa sangat. Sori ye nak. Zahra pun dah pandai disuruh, cuma kadang-kadang tu elok je mummy nak duduk or baring lepas keletihan buat kerja rumah, time tu lah dia nak chuchu la, nak makan la, sepahkan barang lah. Itulah pengorbanan seorang ibu kepada anak. Wahhhh..


Semoga Zahra membesar menjadi anak yang solehah, taat pada perintah Allah dan dengar kata mummy dan babah ye. Love you muahhh.. Eh ni entry hari ibu ke hari Zahra ni.

Wassalam.

2 comments:

  1. pic zahra tak sempat senyum..yg baby tu je senyum melebar..hikhik...sweet..

    nice blog...

    ReplyDelete
  2. Alhamdullilah dah besar dh zahra..hampir sama nama anak kita, si kecil zara saya kini sudah 2 tahun 2 bulan, dan alhamdullilah masih breastfeeding lagi hingga ke hari ini, saya hanya amalkan beberapa Tips Tingkatkan Susu Ibusaja.

    ReplyDelete