Nuffnang Ads

Friday 27 February 2015

Nur Adibah Zahra bt Nooradzrene 3 tahun

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, 27 Jan lepas anak dara mummy ni dah pun 3 tahun. Macam-macam perangai dah ada. Yelah dah besar kan. Syukur kerana mummy dan babah masih diberi kesempatan untuk melihat Zahra membesar dan akan terus membesarkan Zahra sebaik mungkin. Insya-Allah. Tapi Zahra pun kenalah behave dan dengar cakap mummy babah tau. 

Pada mulanya mummy plan nak buat besday dia kat rumah kami, sekali buat dengan house warming, kira macam besar jugaklah makan-makan tu. Tapi duk fikir sape nak masak banyak-banyak, sape nak hias/kemas rumah, bila masa nak buatnya, kene plan awal dan ejas roster dulu. Plan ni semua last minit fikir tu yang macam-macam jadinya. Mummy teringin nak buat tapi jauh di sudut hati macam tak larat je, mama pun bukan kuat sangat. So kami pun tak jadila buat besday parti Zahra kat rumah kami. Kami plan untuk buat tahun depan, buat besday dua beradik sekaligus, ngan house warming. Senang cerita. Insya-Allah.

Mama pulak tiba-tiba kata nak buat besday Zahra, tapi kecil-kecilan je, tak panggil ramai budak pun, just kawan-kawan mama dengan cucu masing-masing je. Oklah. Mama nak tengok Zahra potong kek sebab Zahra sekarang pun dah pandai, nak kek, nak kek je kerjanya kalau nampak kek yang cantik-cantik, bukannya makan sangat pun.

So mummy pun plan lah, kita buat tema Frozen sebab anak dara sorang ni tak terkecuali gilakan Frozen. Mummy tengok roster babah bila off, so mummy boleh request off siap-siap. So kami buat 29 Jan 2015, hari Khamis malam, mummy dan babah tak panggil pun kawan kitorang, sebab mama yang jadi host kan, lagipun buat kecik-kecik je so memang kami tak war2kan. Just nak buat Zahra happy je.

Dua tiga hari sebelum tu kami buat persiapan, kami ke Kenanga Wholesale kebetulan mama nak cari barang umrah dia, so mummy pun carilah baju Frozen untuk besday girl nanti. Memang banyak ko, semua made in China. Tapi kena cek betul2 sebab dress Elsa yang mummy beli ni tak perasan ada koyak kat tepi walaupun masih dalam plastik. Harga dalam RM30++ tak ingat tapi dapat tawar jugaklah. Lepas beli dress, Zahra sibuk nak crown, dia sendiri yang nampak, nekwan dia belanja. Pun tak sampai bape minit kat dalam kereta dah patah crownnya. Sama ada Zahra lasak atau menda alah tu yang tak berapa lasak. 

Kek pulak mummy tempah dekat kawan mummy. Of coursela tema Frozen. Mummy order kek coklat sekilo je yelah sebab buat kecil-kecilan so kek takdelah besar sangat. Mummy mintak aisingnya warna biru pastu letak strawberi sebab minah ni suka sangat dengan buah tu. Pastu mummy mintak kawan mummy buat edible image Elsa, Anna dan Olaf. Tiga watak ni je yang dia suka dan ingat. Pastu mummy mintak tulis Happy 3rd Birthday Zahra kat tray kek. Tapi kawan mummy lupa nak tulis...huhu..takpelah.




Taraaa..nilah keknya. Memang menepati kehendak mummy, simple and sedap. Kek coklat dilapisi dengan cream cheese dan potongan kecil strawberi, luarnya pulak cream cheese. So memang balance la rasa dia. Kek yang kurang manis atas permintaan mummy yang GDM ni, masam-masam cream cheese, Zahra pun suka. Alhamdulillah. Sapa-sapa nak order macam2 kek, congo bar, victoria sandwich cake boleh cek Instragram kawan mummy ni Hazie Halim atau hash tag giftsgive. 

Mulanya kawan mummy tak nak terima payment mummy, dia kata nak hadiahkan kat Zahra, tapi mummy bagi jugak sebab yela walaupun kawan, niaga tetap niaga, mummy tak nak dikata ambil kesempatan, mementang order kat kawan so nak dpt free. Kawan mummy tetap tak nak duit mummy tapi mummy cakap bagi kat anak-anak dia. Akhirnya dia pun pasrah. Hehehe. Yelah kita pun pernah berniaga, so kita faham.




Menunya pulak, pada awalnya mama plan nak buat bihun goreng je. Yela buat kecil-kecilan je kan. Mummy ok jer. Mummy ingat mama buat bihun singapura tak pedas tapi pedas pulak, kesian Zahra tak makan sangat. Tapi lagi 2-3 hari nak majlis tu mama kata nak buat nasi impit dengan rendang daging dan kuah kacang, wahh tambah lagi menu. Mummy offer nak buat lontong tak, yelah takkan mummy tak sumbang pape kan. Mama kata buat je, pagi tu mummy buat tapi sikit je 1 periuk sedang je. Alhamdulillah ramai yang makan. Hehehe.

Pastu kami goreng drummet, lupa sangat nak tinggalkan untuk Zahra, kesian dia tak makan. Huhu. Kami beli buah tembikai sebiji, kuih kasui tu pulak kawan mama sponsor. Babah buat air oren campur 100 plus. Mummy langgar pantang hari tu. Tapi esoknya kena tebus  balik la pantang tu.



Tengokla princess sorang ni. Bukan main lagi dengan mekap, crown dan rambut palsu tu. Hahah. Ni semua baby sitter dia punya kerja. Baby sitter dia yang siapkan, lepas maghrib tu terus datang rumah nenek bukan main cantik lagi. Ngam pulak dress tu dengan dia.



Amacam, ada gaya princess Elsa kerr. Bukan main lagi ala-ala menari dan berangan nak jadi princess. Kalau babah yang ambil gambar memang no problem, suruhla posing macam mana pun. Janji takde orang lain kat situ, kalau tak malu.


Sampai masa nak tiup lilin malu pulak. Sudahnya mummy yang tiup. Tadi bukan main lagi geram kat kek tu kan.


Disuruh potong kek dia okay. Tak suruh pun dipotongnya sampai hancur nasib baik mummy nampak. Dia cuba potong edible image tu. Menangis-nangis nak potong sendiri rupanya dia makan gambar Elsa, Anna dan Olaf tu. Hahah. Strawberi memang dia sambar dulu.




Tengok tu lepas makan kek, sambung main play doh. Dah habis majlis baru rasa lapar. Pagi tu mummy dan babah bawak dia ke Toys r Us kat IOI Mall Putrajaya sambil ambil kek dekat kawan mummy tu. Macam-macam dia pegang, dari patung Frozen sampaila Play Doh 2-3 kotak. Akhirnya mummy tapis belikan Play Doh Mermaid. Nasib dia tak tanya mana patung Frozen tu. Bukan apa dah banyak sangat kat rumah, akhirnya tak jadi Frozen dah sebab dia akan cabut kaki, tangan, baju sampai togel la patung tu.

Oklah jom kita throwback perangai Zahra dari 2-3 tahun ni. Kesian dia kurang sangat menonjol dalam blog mummy ni ye. Sorry ye nak. Heheh. 

Frozen:


Kalau boleh bangun pagi je mesti nak tengok Frozen. Sampai dia dah hafal skrip siap berlakon lagi especially time nyanyi2 tu. Kadang tu ambil tuala kat ampaian pastu letak sepit fefeling jadi Elsa..tinggi sungguh imaginasi budak-budak ni kan.


Bila nampak Frozen kat luar lagilah eksaited. Ni masa Kids Festival kat Matrade. Siap beratur nak bergambar kat backdrop Frozen ni. Kalau nampak merchandise wajib kena beli.  Baru-baru ni dia asyik sebut nak baju Frozen setiap kali masuk kereta. Bila kami ke Wangsa Walk Mall baru ni dia nampak pulak ada kedai jual baju Frozen. Seboleh-boleh dia nak. Babah kata makan dulu baru beli. Lepas makan dia memang tuntut betul-betul, takleh lari dah. So belilah dress mcm Anna pakai kat gambar atas tu. Mandi malam tu terus nak pakai, dahlah skirt dia penuh glitter, nak tidur pun pakai sampai berkilat 1 badan, katil pun of course lah. Dia dah lena baru mummy salinkan baju dia. Bila nak habis demam Frozen ni pun tak tau.

Bertudung:



Dah pandai nak bertudung, tapi kadang-kadang je la. Tengok mood dia. Paling lama pakai sepanjang dalam kereta, sampai je destinasi terus bukak kepanasan kata dia. Tapi kalau nampak kakak-kakak pakai macam sepupu dia, dia akan mummy nak dung. Nanti mummy beli tudung Zahra banyak-banyak ye.

Berkawan:

Mummy dan babah tengok dia ni tak berapa ngam kalau dengan budak-budak sebaya dia. Tapi kalau tua sikit dia akan ngam. Dia suka kakak-kakak layan dia. Kadang tu dia yang nak kawan dengan kakak tapi kakak buat dek je, sampai nangis-nangis nak pergi dekat kakak mummy takleh wat apa kalau kakak tak nak main dengan dia. Kalau budak sebaya dia ambil masa sikit dia nak ngam. Mula-mula akan gaduh dulu, dah lama sikit barulah boleh main sama-sama.

Suka mandi kolam, main pasir, pergi taman:


Masa umur setahun lebih Zahra takut dengan pantai dan pasir, tak nak jejak langsung kat pasir tu, air laut apatah lagi kan. Tapi kali ni tak dah, pertama kali masuk kolam terus eksaited. Sebab tu setiap kali pergi bercuti duduk hotel mesti akan spend time untuk mandi kolam dan main pasir kalau kalau ada pantai.

Main belon sabun:


Mula dengan belon kecik yang RM2 sebotol sampailah RM5 sepinggan. Pantang nampak mesti nak. Babah pun join sekakilah.

Bercakap:

Zahra agak lambat bercakap dengan fasih. Masa 2 tahun lebih dia hanya sebut yang hujung-hujung je. Sekarang alhamdulillah, dah banyak perkataan yang dia pandai sebut penuh. Kira dari one sampai ten pun pandai dah. Cumanya dia tak reti sebut P, F dan sewaktu dengannya. Dia tukar jadi sebutan K.

Contoh, Frozen jadi krozen, puting jadi kuting, punya jadi kunya. Mummy ajar puuu...dia sebut puuu..bila suruh sebut penuh puting jadinya tetap kuting. Hahaha. Kelakar pun ye jugak. Takpelah pelan-pelan ye nak. 

Bila dia nak berborak panjang-panjang dengan kita, keluarlah bahasa Inggeris-Jerman dia. Layan je la. Dia banyak tengok You Tube cakap orang putih, tu yang dia pn terikut sama. Nanti mummy ajar cakap omputih ye nak. Tapi kalau dia cari sesuatu barang dia akan cakap 'kuting..where are you'..'mummy..where are you'..Hhaha..terrer tak. Pastu suka sangat nyanyi lagi twinkle-twinkle little star. Tu je yang dia sebut berulang kali. Nekwan dia yang ajar rupanya. 

Dari segi tumbesaran, alhamdulillah Zahra normal, berat dan tinggi ok. Tapi mummy kena beli baju dia setahun awal, so semua baju dia kena beli yang umur 4 tahun. Sebabnya dia ni tinggi, kalau beli 3 tahun pakainye kejap je lah.

Rajin:


Rajin buat sepah, rajin jugak mengemas tengok mood dia la. Biasanya lepas dia main mummy dan babah akan suruh dia kemas sendiri masuk dalam kotak or bakul mainan dia. Tapi kalau mood ke laut dia buat dono je, tang ni mummy dan babah mulalah ugut macam-macam, taknak bawak jalan la apa la. Terus dia kemas. Hahah..bukan apa dengan keadaan mummy macam ni nak ambil barang tunduk2 tu memang tak berupaya sangat la. Kadang tu merangkak kemas mainan dia.

Pix atas tu nampak mummy kemas baju baby untuk bawak ke hospital dia pun sibuk sekali. Fefeling nak pakaikan mitten kat bebear tu. Mummy pesan nanti tolong mummy jaga adik baby tau. Dia angguk je. Zahra ni pun dah boleh diharap, kalau minta tolong dia ambil sesuatu dia akan ambilkan. Suruh buang sampah pun dia boleh buat. Alhamdulillah.

Potty Train:

Yang ni mummy dan babah belum train sepenuhnya. Cuma sikit-sikit je. Mummy dah beli jamban kecik untuk dia dan letak kat dalam bilik air. Bila mummy off kadang tu mummy ajar dia kencing dalam jamban tu. Mula-mula dia macam kekok, bila lama-lama dia dah ok. Ada satu hari tu masa tengah salin pampers kat bilik air tiba-tiba dia kata nak berak. Mummy suruh berak dalam jamban dia, dia tak nak, belum biasa sebab selalunya kencing je dalam tu. Mummy tinggalkan dia dalam bilik air untuk urusan dia tu. Hahah. Ada satu kali tu berak kat bilik air ambil ko seketul tahi kat lantai, pe lagi babah la yang bersihkan.

Mummy buat kerja sikit kat dapur, tetiba dia jerit kata dah berak dalam jamban dia, siap keluar dari bilik air lagi. Aduhla. Nak tergelak pun ada. Mummy tengok amek ko selambak. Rupa-rupanya dia try jugak berak dalam jamban tu. Hehehe. Mummy cakap bagus dan puji dia macam-macam, sambil pesan lepas ni kalau nak berak duduk dalam jamban tu. Dia angguk.

Kekadang tu bila pampers dia dah penuh pun dia tak selesa dan kata nak kencing. Mummy pun cepat-cepat tukar dan biarkan dia kencing kat bilik air, siap pandai cebuk sendiri tu. Alhamdulillah. Cuma buat masa ni mummy belum ada kekuatan lagi nak potty train sepenuhnya. Takde kudrat lagi kot nak mop-mop lantai tu. Nantilah adik baby dah 3 bulan baru kita train lagi ye nak. Sekarang ni pun Zahra dah faham cuma belum start tak pakai pampers sepenuhnya.

Sekolah:

Ramai anak kawan mummy yang sebaya dia dah dihantar ke Taska. Tapi mummy releks je dulu. Zahra cakap pun tak fasih sangat. Biarlah dia puas main dan ada dalam dunia dulu sebelum mummy hantar ke sekolah. Lagipun kalau hantar awal sangat takut dia boring pulak.

Mummy plan nak hantar dia ke play group punya kelas. Macam kelas Genius Baby On Board tu.  Mummy nak biar terdedah dengan kawan-kawan sebaya dia dulu, sambil main-main dan buat aktiviti dengan diorang. Tunggu adik baby keluar nanti kita pergi dengan adik baby sekali ye sebab kelas tu pun ada aktiviti untuk merangsang perkembangan baby. Babah pun setuju untuk hantar anak-anak ke kelas tu. 

Mungkin mummy hantar Zahra sekolah bila dia umur 5 tahun. Umur 4 tahun mummy nak hantar dia ke kawan mama untuk ajar Iqra. Biar dia belajar mengaji dulu. 5 tahun hantar ke tadika. Orang ramai hantar anak dia ke tadika swasta. Tapi mummy plan nak hantar ke tadika perpaduan je. Free je pun. Bukanlah kami berkira dengan pendidikan anak-anak, tak kira swasta ke kerajaan ke janji anak tu boleh belajar dan menerima pelajaran dengan baik selain seronok dengan kawan-kawan. Lagipun tadika perpaduan tu depan rumah mama je, so senang mama nak ambil dia bila habis sekolah nanti. Itu hanya perancangan tak tau la kalau tiba masanya nanti akan berubah ke apa kan. Babah plan nak hantar ke sekolah cina. Tapi takde pulak sekolah yang dekat dengan rumah mama. Takpe kita plan dulu semuanya Allah yang tentukan. Aminn..

Setakat ni dulu la kot cerita pasal anak dara sorang ni. Terima kasih sebab sudi membaca. Wassalam..






2 comments:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete