Nuffnang Ads

Saturday, 13 April 2013

DIY: Hantaran Bunga Tisu

Assalamualaikum...

Post mummy pasal DIY menjadi popular post gitu...terima kasih kepada yang menjenguk, menyinggah..bukan apa niat mummy untuk berkongsi sahaja...bukankah berkongsi ilmu itu baik kan...

Jadi untuk entry kali ni mummy paparkan gambar hantaran yang mummy buat untuk kakak kesayangan kat ofis menggunakan bunga-bunga tisu yang mummy dah siapkan...Semuanya 7 dulang tapi mummy buat utk 5 dulang je...kuih dan kek mummy just bagi bunga tisu yang dah siap kat bakal pengantin tu utk ditampal kemudian..

So inilah dia hasilnya..Alhamdulillah kakak suka sangat...syukur pada bakat dan anugerah yang ALLAH beri pd mummy...so sesapa yang berminat nak tempah jgn malu segan..harga leh dirunding..ofkos la murah sebab mummy kan amatur jer..bukan tahap pro...Bolehlah leave komen kat sini :)



Set tali pinggang dan wallet...Memula mummy tak bukak kotak ni..tp bila tanya pendapat orang lain diorg kata better bukak..so mummy gam kat hujung kotak tu..




Kain (Babah kata macam uniform hospital...tetttt..)




Cookies




Bekas cincin



Bakul buah

Cara mummy buat hantaran ni mudah sahaja..yang penting semua bunga mesti da siap sebab kerja buat hantaran akan jadi cepat dan semudah ABC gitu...hahah...mummy lapik barang kat atas polisterin..gamkan barang tu supaya nanti tak terjatuh..kalo kain mummy just pin dengan peniti je...boleh juga kalo nak balut polisterin tu tapi since mummy nak penuhkan dengan bunga so mummy tak balut...jimat kos disitu..hheheh...

Bila da gamkan barang hantaran atas polisterin mummy pun mula menggubah..cucuk tang sana, cucuk tang sini, campur2 bunga besar,bunga kecik, daun skit sampai penuh n tak nampak bayang polisterin pun...tp make sure bunga kene balance..kalo tak nampak janggal plak..contohnya bunga kat depan tak sebanyak bunga kat belakang...pandai2la gubah..



Kepada kakakku, Kuniawati dan suaminya abang Otai (nama glamer)..selamat pengantin baru, selamat menjalani kehidupan baru...doa kami semoga berkekalan ke akhir hayat..pst..pst...takmo bagi adik baru kat Aina n Yaya ke...hehehe...

Wassalammm :)

4 comments:

  1. Salam kak, saya Jaja. Akak ambil upah buat hantaran ke? Boleh pm saya kat 0194811401. Terima kasih kak.

    ReplyDelete
  2. salam..kertas tisu berwarna nak beli kat ne ?

    ReplyDelete
  3. Salam kak. Mcm mana nk contact akk..? Bg no plssss

    ReplyDelete