Nuffnang Ads

Monday, 6 May 2013

2 Jun 1941 - 1 Mei 2013. Al-Fatihah


Assalamualaikum...

Gambar di atas menunjukkan Allahyarham bapa mertua saya Mohammad Noor Mohd bersama rakan karibnya yang juga pengasas Leatherman, Tim Leatherman.

Pada tanggal 1 Mei, hari pekerja yang lalu, bapa mertua saya menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Serdang pada pukul 6.30 petang setelah keadaannya amat kritikal selepas menjalani pembedahan pintasan jantung 29 April lalu (Isnin).

Menurut doktor, sebab-sebab kematian adalah "MODS secondary to bleeding post CABG" atau dalam bahasa yang lebih mudah difahami, arwah mengalami pendarahan tanpa henti selepas pembedahan dibuat.

Bapa mertua saya kerap dimasukkan dan keluar Hospital Kuala Lumpur (HKL) sejak awal tahun ini, arwah sering sakit, demam dan selalu mengadu cepat penat. Pada mulanya penyakit arwah berpunca daripada batu karang, tetapi apabila diperiksa oleh doktor, arwah ada masalah jantung dan ia perlu dirawat dahulu.

Doktor kemudian meminta arwah dirujuk ke Hospital Serdang, setelah dua minggu di sana, arwah kemudian dibedah.

Mummy agak terkilan sebenarnya sebab tak sempat nak jenguk arwah masa di Hospital Serdang..yelah masa tu mummy bz sebb PRU13 hanya babah je yang sempat jenguk. Sejak arwah dimasukkan ke dewan bedah babah asyik nangis setiap kali kol mummy, pembedahan yang dijangka selesai 6 jam berlarutan sehingga 12 jam. Dari situ babah dah rasa tak sedap hati. Bila pembedahan selesai, doktor bagitau yang keadaan arwah sangat kritikal akibat pendarahan tanpa henti. 

Pada belah malamnya, doktor dan nurse suruh babah bawak mak mertua balik rumah kerana keadaan arwah dah stabil tapi kritikal, di mana pendarahannya sudah berhenti. Esoknya babah pergi ke hospital dan doktor merancang untuk menutup kembali tempat pembedahan setelah mendapati pendarahan sudah berhenti tetapi setelah pemeriksaan dibuat ada pendarahan lagi di tempat pembedahan dan doktor mengatakan yang arwah sudah sangat-sangat-sangat kritikal dan meminta babah memanggil sanak saudara terdekat.

Thari tu masa mummy bersiap nak pergi kerja (mummy kerja petang), babah kol nangis-nangis dan beritahu perkara tersebut. Mummy cepat2 siap bawak Zahra ke rumah babysitter dan mummy terus ke Hospital Serdang. Sampai sahaja di hospital dalam pukul 3 mummy naik ke tingkat 4 wad CICU. Nampak babah dan mama di luar sebb dirg tak bagi masuk..dekat nak pukul 4 iaitu hampir waktu melawat 4.30 petang ramai saudara dan rakan-rakan datang untuk ziarah arwah..

Pertama kali mummy tengok arwah, mummy sayu dan sedih sangat..badan arwah kembang disebabkan air yang penuh dalam badan,,wayar di sana-sini, mata pula ditutup. Mummy nangis, jumpa babah di luar lagilah kami menangis..mummy bgtau babah kalau sudah sampai masanya kita redha jer..

Akhirnya tepat pukul 6.30 petang abah meninggalkan kami semua, kira-kira pukul 9 malam jenazah sampai di surau Al-Habshee PPR Laksamana. Surah yasin dan al-fatihah tak henti dibaca..rakan-rakan dan saudara-mara semakin memenuhi surau. Malam tu abah, adik-beradik yang lain  dan mama tidur di surau temankan jenazah buat kali terakhir.

Esoknya pukul 8, jenazah dimandi, dikafan dan disembahyangkan. Pukul 10 lebih jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Cheras Baru.

Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang beriman..kami akan merindui abah terutamanya Zahra yang tak sempat berjumpa tokwannya dan tokwannya pun terkilan kerana tak puas bermain dengan Zahra..

Innalillah hiwainna ilaihirajiun..Al-Fatihah.

Wassalam.




No comments:

Post a Comment