Nuffnang Ads

Wednesday 28 August 2013

Congo Bar

Assalamualaikum semua...

Kebizian melanda lepas raya ni utk update blog..Cerita raya nanti lah ye. Sekarang ni mummy teruja nak cerita pasal Congo Bar..apa tu?

Congo Bar ni adalah brownies+cookie dough+choc chip cookies. Bagi mummy macam tu la rupa dan rasanya. Bila mummy google macam2 rupa, tapi yg plg tempting ialah congo bar yang penuh dengan kacang dan coklat.

Kebetulan pulak di ofis mummy ada seorang kakak yg memang baker dan ada bisnes kek2 online jual. Dia jual 100 pcs ada promotion RM58. Tapi besar sangat kot, mummy tryla tanya ada tak jual yg sikit2..dan jawapannya ADA!..yeayyy...dia bahagikan kepada 4 bhgn RM15.



Inilah rupanya Congo Bar..nampak sgt tempting kan dgn atas dia macam berkerak2 gitu.


Sejujurnya mummy tak berapa suka brownies sebab teksturnya yg padat dan cepat muak. Tapi congo bar ni tak berapa muak sebab dalam dia banyak kacang walnut, almond, choc chip dan choc chunk! Lepas satu, satu makan. Diet? Gemuk? Mak redho je ngan bentuk badan yang susah nak susut ni. Malasla nak kurus kang nak preknan lak..Ehhh??

Bila mummy google resepi congo bar ni agak senang, tepung, mentega cair, gula perang, esen vanilla, dan kekacang dan coklat. Hmmm tengok pada tahap kerajinan la nak buat sendiri kan. Takut tak menjadi jer. Tapi jauh di sudut hati perasaan nak cuba buat tu ada. Hahahah.

Sesiapa yang minat nak order dan rasa keenakan Congo Bar ni leh la tengok kat kak Wan Su punya FB: Nicely Feeling dan follow Instagram @Wansu1975. Bukan setakat Congo Bar je macam2 kek ada.

Okla mummy nak balik dah. Jap g nak beli barang dapur kat NSK. Lauk Zahra da licin kat peti ais tu.

Wassalam :)





2 comments: