Nuffnang Ads

Monday 23 September 2013

Hantaran Bunga Tiruan


Assalamualaikum.

Dah masuk hujung tahun mula lah musim kahwin-kahwin. Kepada B2B (bride to be) yang masih mencari idea nak buat hantaran, nah, boleh ambil contoh yang mummy buat ni. Senang jer cucuk-cucuk bunga je. Nak tempah? Tak ada masalah, cuma sekarang ni mummy bukak order untuk wedding or bertunang November-Disember je. Sekarang ni mummy tengah sibuk siapkan 200 cucuk bunga telur bunga tisu untuk 2 pasang sepupu mummy yang nak bernikah pada 19 Oktober ni, di samping berhempas-pulas dengan kesibukan pemilihan Umno.

By the way, terima kasih Jaja kerana tempah hantaran untuk perkahwinannya Julai lepas. Jaja pun order menerusi blog ni, dia ada barang-barang termasuk bunga kononnya nak gubah sendiri tapi disebabkan tangannya keras..katanyalah dia pun mintak tolong gubahkan. 

Jadi, kepada sesiapa nak mintak mummy gubahkan dan sediakan barang-barangnya pun mummy boleh buat, harganya just upah jer, tapi kalau tambah barang kene extra caj la.

Jaja memilih warna hijau oren untuk temanya. Dia hanya beri mummy bunga lili warna hijau dan bunga kecik warna oren. Tapi bila gubah macam tak cukup bunga dan tak naik pulak, jadi mummy pun tambahlah bunga oren yang sederhana besar.






Set minyak wangi





Wallet Camel





Kemeja Padini



Sejadah dan kain pelekat

 

Tiga bekas kosong ni untuk cincin, buah dan coklat


Ni pulak hantaran untuk belah lelaki, warna temanya adalah merah putih. Pun sama, semua barang disediakan sebab itulah nampak macam-macam jenis bakul, mummy gubah ikut kesesuaian barang yang disediakan :)


Set penjagaan muka Olay dan beg tangan



Telekung dan sejadah


Bakul kosong untuk letak cincin



Jam Fossil dan coklat


Sesiapa mahu menempah boleh tinggalkan komen di bawah ye..Wassalam




4 comments:

  1. simple & nice..btw tenkiu sbb bagi tutorial bunga tisu tu..dan skrg tgh buat atas permintaan ibu mertua ku (nak bagi kawannye) :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh yeke..alhamdulillah...kalau org puas hati dgn hasil tangan kita dah boleh buat bisnes tu :)

      Delete