Nuffnang Ads

Thursday 24 April 2014

Bunga tisu handbouqet dan hantaran untuk adik



Assalamualaikum.

Kali ni mummy nak cerita pasal kisah yang dah lama diperap, iaitu hasil keras tangan mummy. Heheh..selain hantaran, mummy juga buat bunga telur, bunga tangan dan apa saja wedding gifts dan favours yang diingini pelanggan.

Bunga tangan warna-warni ni pun mummy buat bukan sebab ada orang tempah tapi kisahnya pelanggan mummy yang order hantaran suruh mummy gubah sebab dia ada barang semua termasuklah bunga tisu ni. Mummy punggah barang yang dia bagi iaitu bakul, span, kain satin untuk balut span, bunga-bungaan dan kertas tisu yang siap dipotong.




Pasangan ni pada mulanya plan nak gubah sendiri hantaran, tapi sebab tak berapa nak menjadi tu yang upah mummy. Bila da siap hantarannya, mummy duk tengok je kertas tisu tu. Mummy pun tanyalah kertas tisu tu nak dibuat apa, pelanggan mummy kata buang je lah kak, tak jadi tu. Eh sayang pulak nak buang, so mummy lipat-lipat jadilah bunga tangan ni dan bagi free kat dia, terpulang nak pakai atau tak masa majlis dia nanti. Mummy kan suka gubah-gubah ni. Heheh.



Bila mummy deliver barang hantaran ke rumah dia, bukan main eksaited tengok hasil gubahan mummy, chewahh. Mummy pernah cerita dulu, meh kita throwback kat sini meh. 




Yang ni pulak kawan mummy tempah untuk flower girl. Ini saiz medium, sesuai untuk flower girl, majlis bertunang, nikah ataupun pre-wedding photoshoot. Kalau untuk bersanding kena saiz L lah.


Batang pemegang tu mummy hanya guna lidi sate yang digabung-gabungkan then gamkan dia pakai selotape sebelum ditutup dengan reben.



Ini pula sebahagian dari hantaran yang mummy buat untuk adik kesayangan mummy. Sebenarnya kami rakan sekerja tapi dah anggap macam adik-beradik.



Temanya ala-ala oren peach merah gitu. Nak simple jer. So memang simple sampai takde alas dulang, span alas tu pun tak berbalut sangat sebab nak tutup dengan bunga, cuma part yang nampak tu mummy cover dengan reben.


Hantaran ni mummy buat kat rumah adik mummy tu, kami buat sama-sama. Masa tu bulan puasa, so siapkan yang ni je dulu pastu kononnya nak datang balik bila-bila untuk ambil gambar, sudahnya tidaklah kesampaian.

Untuk lihat gambar hantaran ni boleh tengok kat entry yang ini.

Kepada sesiapa yang ingin menempah hantaran ataupun barangan perkahwinan jangan malu dan segan pada mummy ye. Tinggalkan komen nanti kita boleh cerita panjang. Mummy buat ikut keperluan bakal pengantin sambil bagi cadangan untuk hasilkan yang terbaik yang boleh memuaskan hati bakal pengantin. Yelah untuk big day diorg kan, gila tak puas hati dan cantikkk...hehehe.

Jangan lupa tinggalkan komen tau :)

Wassalam.



No comments:

Post a Comment