Nuffnang Ads

Tuesday, 21 July 2015

Cerita kelahiran si boboboy - Part 1

Assalamualaikum.

Wah...bersawang sungguh blog mummy ni. Lama sungguh tak update, ini baru berkesempatan sebab tak banyak kerja musim-musim raya ni. Mummy nak ucap selamat hari raya kepada semua followers dan pembaca blog ini. 

Alhamdulillah, anak kedua kami, Adeeb Zahri bin Nooradzrene nama diberi sudahpun berusia 4 bulan 1 minggu. Dah besar dan banyak keletah. Benarlah orang kata setiap anak ALLAH bagi berbeza-beza pengalamannya saat mengandungkan, melahirkan dan membesarkan. Apa pun mummy hari-hari doa semoga anak-anak mummy jadi anak yang baik dan mendengar kata orang tua. Jom kita throwback saat-saat kelahiran putera sulung kami ni ye.

7 MAC

8.30 pagi
- Bangun pagi sebab perasan macam ada discaj, ingatkan keputihan, bila masuk bilik air tengok ada tompok darah merah coklat cair macam dah bercampur dengan air kat panty liner. Banyak jugak. Mummy releks dulu, duduk kat ruang tamu layan henfon, pastu kemas-kemas rumah dan final check barang nak bawak ke hospital. Babah ngan Zahra masih tidur lagi. Mummy terus mandi.

9 pagi
- Dah rasa mild contraction every 5 minit. Setiap contraction 20 ke 40 saat. Boleh handle lagi dan berlagak macam biasa. Tapi dalam hati masa dah time kot ni, releks lagi. Babah terjaga, mummy cakap dah keluar tanda darah. Babah kata oo ye ke dan sambung tidur. Haihhh..mummy pun buat macam biasa je. 

- Babah bangun lagi sekali mummy cakap keluar tanda darah tu maknanya dah dekat nak bersalin. Barulah babah melompat bangun dari katil. Babah kata dia mamai masa mummy bagitahu awal tadi, lagipun masa Zahra bukan tanda darah, tapi terus sakit contraction.Babah pun macam blur. Mummy kata releks, siap-siap mandi dulu. Contraction boleh handle lagi.

11.30 pagi
- Siap semuanya kami anak-beranak keluar rumah. Mummy ajak babah lunch dulu sebab kalau kena warded memang susahla nak keluar makan, makanan kat kantin tak sedap sangat. Huhu. Contraction pun ok lagi ni, boleh jalan pi makan.

- Kami lunch nasi beriyani kat Restoran Bismillah sebelah Kolej Multimedia kat Jalan Semarak. Babah kata dah lama dia tak makan situ. Nasi beriyani situ memang sedap, mummy macam biasa order ayam madu. Contraction datang mummy berhenti makan kejap dan tarik nafas pelan-pelan, hembus pelan-pelan. Lepas tu sambung makan sampai habis sepinggan, siap ambil nasi Zahra lagi. Hahah.

- Lepas makan kami hantar Zahra ke rumah mama. Nasib baik dia ok, mummy dah cakap kat dia mummy kena pergi hospital, adik nak keluar dan dia pun faham. 

1.30 tengah hari
- Sampai Hospital Ampang, tempat sama masa lahirkan Zahra dulu. Orang tak ramai sangat. Contraction ok lagi, boleh handle.

- Doktor perempuan cek VE baru 2 cm tu pun jauh lagi. Tak tau apa yang jauh, tapi serviks dah lembut katanya. Bila mummy kata darah tu macam cair, doc seluk lagi nak tengok air ketuban bocor ke tidak, perghh rasa dia bukan main. Dia cek macam tak bocor, haaa macam?? Dia kata nanti saya panggil bos dulu. *nangis*

- Lepas tu bos dia pulak cek means seluk lagi sekali, dan scan.Alhamdulillah tak leaking pun. Doktor suruh balik dulu sebab baru 2cm, tapi esok tetap kena serah diri untuk induce (mummy kan GDM) kalau takde tanda lagi. Doc pun suruh banyakkan berjalan bagi terbukak cepat.

- Balik dari hospital singgah beli kuih dulu lapar pulak, sampai rumah mummy ajak Zahra keluar pergi jalan-jalan. Oh ye lepas buat VE memang akan keluar darah, so bersihkan panty liner tukar yang baru sebelum nak solat. Masa Zahra dulu mummy tinggal solat sebab contraction sangat kuat. Huhuhu, tapi qada balikla lepas da setel semua.

6.30 petang
- Babah ajak pergi shopping mall baru depan Hotel Sheraton, Quill City Mall. Besar jugak mall tu, yang best ada kedai RM5 ala Daiso dari Jepun jugak. Bawak Zahra pergi main pasir dalam kedai permainan. Agak mahal jugak, nak masuk kena ada stokin, kalau takde depa ada jual. Mak bapak pun kena pakai stokin gak, dan ada jugak stokin dewasa dia jual. Sebenarnya bukanlah pasir tapi benih bunga apa tah, memang lembut je dan tak melekat kat badan dan baju. Sambil layan contraction sambil tengok Zahra main. Bila contraction datang mummy akan stop jalan kejap n tarik hembus nafas slow-slow. Fuh fuh..still ok lagi lum sakit sangat.


- Sebelum balik kami layan Zahra makan KFC dulu.  

11 malam
- Memandangkan mama suruh tidur Jalan Peel malam ni sebab senang kalau nak beranak tak payah hantar Zahra dah, so lepas jalan kami balik rumah kejap untuk ambil baju untuk esok. Sempat lagi mummy kemas apa yang patut n angkat kain jemuran. 

11.45 malam
- Sampai rumah mama, contraction kerap, tapi ok lagi. Mummy tukar pad, bersihkan diri dan solat Isyak. Masa tengah solat bila contraction datang, mummy akan stop dulu. Dah sakit sikit la contraction tu. Zahra tidur dengan mama.

Macam dah panjang sangat kan. Mummy sambung ke next entry ye. Wassalam.



























4 comments:

  1. Tahniah sis.

    Jom join giveaway di blog saya :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Puji syukur saya panjatkan kepada Allah yang telah mempertemukan saya dengan Mbah Rawa Gumpala dan melalui bantun pesugihan putih beliau yang sebar 5M inilah yang saya gunakan untuk membuka usaha selama ini,makanya saya sengaja memposting pesang sinkat ini biar semua orang tau kalau Mbah Rawa Gumpala bisa membantuh kita mengenai masalah ekonomi dengan bantuan pesugihan putihnya yang tampa tumbal karna saya juga tampa sengaja menemukan postingan orang diinternet jadi saya lansun menhubungi beliau dan dengan senang hati beliau mau membantuh saya,,jadi bagi teman teman yang mempunyai keluhan jangan anda ragu untuk menghubungi beliau di no 085-316-106-111 rasa senang ini tidak bisa diunkapkan dengan kata kata makanya saya menulis pesan ini biar semua orang tau,ini sebuah kisa nyata dari saya dan tidak ada rekayasa sedikit pun yang saya tulis ini,sekali lagi terimah kasih banyak ya Mbah dan insya allah suatu hari nanti saya akan berkunjun ke kediaman Mbah untuk silaturahmi.Wassalam dari saya ibu Sartika dan untuk lebih lenkapnya silahkan buka blok Mbah disini đź’‹Pesugihan Putih Tanpa Tumbalđź’‹

      Delete
  2. Tumpang tanya..EDD awak sepatutnya bape haribulan ye?..biasanya GDM, doktor suruh datang serah diri 39 minggu kan..ikutkan penceritaan awak, sakit datang dah 39 minggu lebih kan..saya cuma musykil je, maybe lain negeri, lain procedurenya..saya berdebar tunggu kelahiran anak kedua ni..saya tak nak serah diri 39 minggu utk induce, kalau boleh, biar sakit datang sendiri..

    ReplyDelete
    Replies
    1. edd saya sepatutnya 9 mac..nurse suruh serah diri 2 hari sebelum utk induce..tp dengan izin Allah saya dapat bersalin normal sehari sebelum tarikh edd..mungkin yg 39 minggu tu GDM teruk kot. Saya lagi 2-3 minggu sebelum bersalin dan tak buat BSP means gula dalam badan terkawal sebab tu kene serah diri cukup 40 minggu..ni pandangan saya la..

      Awak doa banyak2, buat senaman apa yang patut moga-moga dapat bersalin normal dan tanda keluar sendiri..amin

      Delete