Nuffnang Ads

Sunday 14 April 2013

Makanan untuk bayi 8 bulan ke atas

Assalamualaikum...

Bertemu lagi kita dalam ruangan masak-memasak untuk bayi anda yang disayangi...heheheh...oklah skang entry untuk makanan bayi berusia 8 bulan ke atas..

Mengikut carta wholesomebabyfood (klik di sini), untuk 8 ke 10 bulan memang banyak makanan yang boleh diberi...Buah seperti tembikai, kelapa (santan), anggur, kiwi...tp mummy bagi santan bila zahra da umur setahun...anggur pun bg da setahun sebab pernah sekali tu zahra makan terus kahak, batuk, selseme sebb buah tu penyebab kahak..

Sayur plak boleh bagi brokoli (1st time intro zahra sembelit, kesian sampai nangis2 masa nak poo poo..so mummy lewatkan skit bagi n 2nd attempt alhamdulillah tak sembelit pun), asparagus (tak pernah bagi lagi), timun, leek, kentang, pepper, bawang.

Bila da 8 bulan pun mummy da start bagi bubur yang chunky utk Zahra..maknanya mummy tak lenyek dlm penapis lagi. Bila da siap masak mummy just lenyek dlm periuk guna pelenyek burger tu. Walaupun Zahra lum tumbuh gigi lagi tapi alhamdulillah dia dapat terima bubur yang kasar sebab gusi dia dah cukup kuat sebenarnya. Poo poo dia pun takde masalah cuma kalau masak sayur tu bagi betul2 empuk dan lembut dulu.

Secara kesimpulannya pada usia 8 bulan, emak2 da boleh tumis2 bubur baby guna pure olive oil yang lebih baik utk bayi dan kita berbanding minyak sawit..Pure olive oil sesuai untuk menumis, extra virgin olive oil (EVOO) pula untuk dressing dan renjis2 mcm salad. Dairy products dan dedaging (sumber protein) juga dah boleh bagi. Jangan lupa 4-day-rule ye mommies.

Mummy mula dengan beri yogurt, olive oil, bawang, tofu, ayam dan kacang peas masa Zahra 8 bulan...Alhamdulillah dia takde alahan, malah bila bagi tofu poo poo dia smooth je..kira mcm pelawas gak tofu ni..tp yogurt Zahra tak suka sgt n nappy rash..Sampai skang kalo beri yogurt memang dia makan skit..




Inilah dia dairy products utk cik Zahra..tofu lembut, cheddar cheese block, full fat yogurt, unsalted butter.




Taufufa versi baby

Ambil sikit tofu lembut dan terap guna penerap biskut yang comel2..kemudian kukus atau rebus sebentar..Angkat dan hidangkan bersama sos buah-buahan..yang ni mummy guna puri kurma yang dicairkan...sedappp...habisla Zahra makan..sesuai utk sarapan ataupun minum petang.



Yang ni pulak Bubur nasi bersama tofu dan puri keledek.

Masak beras perang dan beras putih sampai jadi bubur, kemudian masukkan puri keledek, bila da hampir masak semua masukkan tofu, lenyek, siapp.

Untuk mengetahui khasiat tofu, resepi dan cara penyimpanan bolehlah baca dalam website wholesomebabyfood (klik di sini)

Pada usia 8-10 bulan pun dah boleh dikenalkan dengan keju. Keju yang sesuai ialah keju cedar yang dalam bentuk blok, bukan dalam bentuk slice tu. Ini kerana kandungan sodium (garam, cheese kan masin) dlm sliced cheese agak tinggi berbanding cheese blok. So belilah dlm bentuk blok n bolehlah diparut untuk masuk dalam masakan. Mak bapak pun boleh guna.

Masa mula-mula nak intro keju bila Zahra 9 bulan, mummy kepeningan cane nak intro. Cara masaknya cemane, tapi bila da google dan study dalam HSFFYB, barulah mummy tahu, since Zahra lum makan kuih or roti so mummy pun masuk dalam bubur nasi dan oat. Dia suka. Tapi hari ketiga naik rashes pulak..mummy stop dulu dan 2-3 minggu kemudian try balik dan alhamdulillah takde rashes pun.




Bubur Oat berkeju.

Bahan-bahan:
Oat yang sudah direndam
Labu dipotong-potong
Bawang merah dan bawang putih, 
Sedikit puri kurma
Minyak zaitun untuk menumis.

Cara-cara:
Tumis bawang putih dan bawang merah, masukkan labu, tambah air biar labu empuk. Kemudian masukkan oat, kacau, masukkan puri kurma. Bila da kembang dan da masak masukkan keju yang diparut. Tutup api dan kacau keju sampai cair. Siap.



Inilah rupa bentuknya. Agak likat sebab ada cheese kan. Bubur nasi pun mummy buat mcm tu..Masukkan cheese akhir sekali biar cheese cair.


Sumber protein yang pertama mummy intro adalah ayam masa Zahra 8 bulan. Mummy duk fikir macamana nak bagi ayam kat Zahra, then mummy utarakan soalan kat HSFFYB sama ada sesuai tak ayam dipuri dan difrozenkan...melalui jawapan yang diterima boleh tapi lebih baik bagi fresh setiap hari. Jadi mummy decide untuk permulaan, mummy rebus ayam dan blend sampai halus jadi puri, kemudian mummy frozenkan. Mummy nak ayam tu betul2 hancur. So bila da difrozenkan tinggal masuk je dlm bubur, masak pun tak lama. Alhamdulillah Zahra takde elergi dan dia leh terima. Bila da habis stok puri ayam, mummy bagi  fresh setiap hari. Untuk Zahra mummy beli bahagian dada je, or yg fillet tu sebab dah buang kulit n tulang. Senang nak potong kecik2.

Kentang pula mummy intro masa Zahra 9 bulan dan tiada elergi. Kentang tak sesuai dihidang bersama nasi sebab dua2 karbo dan boleh sebabkan sembelit. Biasanya kalau kita buat sup mesti letak kentang kan. Tapi untuk Zahra mummy tukar kentang kepada lobak. Pernahla mummy try bagi dua-dua mmg susah nak poo poo..kesian dia. Jadi kalo ada hari mummy malas nak masak nasi, mummy tukar pada kentang. 



Atas: Bubur nasi
Bawah: Mashed potato with chicken gravy

Mashed potato ni mummy buat simple je since belum intro butter dan pepper pada Zahra. 
Caranya, kupas kentang, basuh bersih2 dan kukus/rebus kemudian lenyek. Kuahnya pula mummy tumis bawang merah dan putih, masukkan isi ayam skit, air dan homemade stock ayam (nanti mummy cerita dalam entry lain). Kuah ni cair sebab belum intro tepung kat Zahra.



Yang ni nampak jelita sikit sebab mummy campur banyak bahan.

Mashed potato with broccoli sauce

Caranya:
Kukus/rebus kentang, lenyek dengan sedikit unsalted butter (mummy intro masa Zahra 10 bulan..sesuai juga untuk menumis). Ketepikan.

Kuah:
Tumis bawang merah dan putih sampai naik bau, masukkan stok ayam dan air, biar mendidih, masukkan brokoli floret yang dicincang halus, masukkan lada hitam sikit dan tepung jagung untuk pekatkan kuah..siapp

Sesuai juga sebagai travel food.

Sampai sini sahaja entry kali ni..Next episod mummy akan cerita pasal pengenalan telur, tepung dan pasta for baby. Selamat mencuba dan wassalam :)





28 comments:

  1. lezat kayaknya nih, yummy

    ReplyDelete
  2. boleh diapplikasikan! Thanks

    http://umney.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. Seronoknye tgok awk masak macam2 for baby. Bestnye kalo sy sempat nak buat semua tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kenapa tak sempat sis..niat dalam hati insyaALLAH dipermudahkan oleh-Nya. kalau tak sempat boleh prepare awal2..b4 g keje tinggal masak je

      Delete
  4. Sy tak pandai reka makanan anak..basik tu boleh lah.sedap anak awak makan yum.yum

    ReplyDelete
  5. kreatifnya reka makanan anak..suka refer blog awak tok cari info ape nak masak untuk putera saya..banyak membantu..tanks for sharing

    http://vitaminpilihansemua.blogspot.com/

    ReplyDelete
  6. best gile blog ni.. tq for the ideas.. appriciate it :)

    ReplyDelete
  7. Leh try ni.thanks

    http://sehat1man.blogspot.com

    ReplyDelete
  8. Menu yg sgt mbantu mumy yg buntu mcm sy ni..excited nk soping sayur satgi..thnx for sharing yer mumy zahra.

    ReplyDelete
  9. Ermm.. Ank sy umo 8bln. Gg pn xda naik lg. Ble sy bg mknn yg lenyek ( msh ketul2) die msti nk muntah. Sy bland je stp kli nk bg die mkn. Knpe ye. Sy risau sbnrnye. Dgn die ssh nk buang air bsr lg.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin baby puan takleh terima makanan berketul lagi dan masih selesa makan bubur bland..takpe ikut kan je..lain baby lain kerenahnya..boleh try pelan2 bagi anak makanan berketul..tapi kene monitor takut dia tercekik..lenyekkan kasar tp jgn kasar sgt..cuma tak sehancur bubur yang dikisar

      Delete
  10. besnye banyak resipi. bleh try semua. thanks mummy zahra

    ReplyDelete
  11. I jengah2 sini nak tgk esepi tofu utk baby . Tofu telur tu boleh tak ye?

    Visit me back
    www.momsmilkyway.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. tofu telur pastikan anak dah lulus telur baru leh bagi

      Delete
  12. alhamdulillah...bole variasikan menu utk baby akak! tenkiu ya!
    JOM JENGUK BLOG AKAK

    ReplyDelete
  13. salam sis...alhamdulillah lega jumpa blog sis..mcm2 resipi ada..sy mohon nak print blh? senang nak rujuk bila nak masak..tia..

    ReplyDelete
  14. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  15. Salam sis,

    Nk tanye, bubur utk baby 8 bulan mcm mana ye.kene blend lg x?


    Time kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam..cuba blend kasar..kalau saya tak masuk blender..just lenyekkan kat penapis..so teksturnya tak halus sangat, tak kasar sangat..boleh train baby untuk makan bubur yang agak kasar bila da besar n boleh terima tekstur macam tu..tp kene monitor anak takut tercekik

      Delete
  16. Salam linda, i nk tnya bby i 8bln dh n gg pn dh tumbuh 2 btg, i try blend kasar ank i mcm lambat je nk kunyah, hmm tp klu iktkn dh blh blend kasar kan? Bla i bg yg blend halus laju je dia mkn, tp tu ler dia cpt lapar la, mlm mesti terjaga nk mkn jg even skt, so mcm mn i nk bg dia kenyang?sb slu mlm sblm dia nk tdo i bg jg tkt dia lapar di tgh mlm...pls help me...i kesiankn my baby

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam..lambat kunyah tapi makan habis tak..takpe bagi dia masa sebab dia baru kenal dengan tekstur kasar..so rahang n gusi dia baru belajar nak kunyah...lainlah kalau tak habis or tercekik means dia tak ready nak makan makanan kasar lagi..

      takpun bubur tu jgn blend halus sgt sampai cair, or jangan kasar sangat..so sedang-sedang je..cuba bagi dia makan tgk cane...bagi dia masa utk terima tekstur kasar, tapi kalau dia tak ready jgn paksa..kalau paksa langsung takmo makan pulak..bila da 9 bulan try lg bagi makanan kasar..

      pasal cepat lapar tu..cuba tambah kuantiti bubur..kalau dulu 3-4 sudu besar mungkin bioleh tambah lagi ke 6-7 sudu ke sekali makan..petang bagi dia snek atau finger food..cth pagi sarapan, thari bubur, petang snek/finger food, malam dinner bubur..tengah malam bagi susu je..

      hope jawapan saya boleh bantu awak

      Delete
  17. Seronok bile tgk mummy2 bg baby 10ke atas mkn mcm2 blh bg ank sy lain plk langsong xblh mkan makanan kasar ape pon bubur lenyek tapis semua xblh ble mkn mesti muntah... pnh cube sminggu xbg die bubur blend tp mkn 3 sudu muntahnye belambak2 takot die xkenyang..last2 bg blk bende yg halus yg dah di blend dri umur 6 bln smpi skrg dah 1tahun5 bln masih xblh mkn kasar kenape eh ade spe2 blh bg penjelasan x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin boleh refer doktor takut ada kes lain je sebab dah setahun still makan bubur halus.

      anak kedua saya ni dah 10 bulan tak boleh makan kasar sikit mesti nak tercekik sampai kuar air mata, finger food pulak dia tolak ngan jari je, bila masuk mulut tercekik, kalau mainan tu sampai meleleh air liur duk hisap..

      so saya rasa maybe dia belum ready lagi..11 bulan nanti nak try balik bubur kasar dan kerapkan try dengan finger food..

      kes awak ni better gi jumpa doktor ye sis

      Delete
  18. salam sis..best tgk menu2 utk baby..sy kekadang kering idea nk masak ape..hehe..boleh tny, cheese bega block tu sis beli di mana ye?..tq

    ReplyDelete
  19. hai sis.assalammualaikum. nk tye kalau ayam yg dah difrozenkan brapa lama boleh tahan ye?

    ReplyDelete